Saturday, December 4, 2021

MPU23012

PENGAJIAN ISLAM

SESI DISEMBER 2020

NAMA PENSYARAH : PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD

TUGASAN BERDASARKAN MASALAH

TAJUK :

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid tersebut bertujuan untuk menarik jemaah ke masjid.

Rakyat Malaysia solat berjemaah di masjid ketika solat jumaat.

PENDAHULUAN 

Istilah masjid berasal dari bahasa arab yang berarti tempat untuk bersujud. Dalam pengertian luas, seluruh hamparan bumi ini sesungguhnya adalah masjid. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Seluruh bumi ini dijadikan untukku sebagai masjid (tempat bersujud untuk shalat) dan sebagai alat untuk bersuci” (HR. Bukhari). Dalam pengertian khusus, istilah masjid merujuk kepada sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat ibadah bagi umat muslim. Keberadaan masjid sebagai bangunan ini menjadi sangat penting. Karena selain menjadi bukti tegaknya syiar islam di suatu wilayah, keberadaan masjid juga memegang peranan penting dalam pembinaan umat. Itulah kenapa hal pertama yang Rasulullah bangun saat pertama kali tiba di Madinah adalah masjid. Tentu saja bukan hanya sekedar berdiri megah, masjid juga perlu diisi ruhnya dengan shalat berjamaah dan berbagai aktifitas keagamaan. Karena itu, kesadaran diri dari masing-masing individu muslim untuk memakmurkan masjid perlu dibangun. 

 

Masjidil Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.

 

KELEBIHAN PERGI KE MASJID ?

1) MENDAPAT NAUNGAN ARASY PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda: “Tujuh orang yang akan berada dalam naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ; penguasa yang adil,pemuda yang membesar dalam ketaatan Dan lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)


2) ALLAH MENYAMBUTNYA
Sabda Rasulullah: “Tidaklah seseorang mendatangi masjd untuk melakukan solat melainkan Allah bergembira menyambutnya semenjak ia keluar dari rumah, seperti gembiranya orang yang sedang menyambut tetamu yang telah lama tidak ditemui”. (Ibu Majah)


3) ALLAH MENJAMIN HIDUPNYA
Rasulullah bersabda: ” Tiga orang yang berada dalam jaminan Alah : Jika hidup, ia akan diberikan rezeki Dan kecukupan. Jika ia mati ,ia akan dimasukan ke dalam syurga. Pertama, sesiapa yang masuk ke rumah sambil mengucapkan salam, maka ia berada dalam jaminan Allah. Sesiapa yang keluar berjihad di jalan Allah, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Ibn Hibban)


4) DISEDIAKAN RUMAH DI SYURGA
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang keluar pada waktu pagi Dan petang ke masjid, maka Allah telah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga yang akan ia datangi setiap pagi Dan petang”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)


5) DIGUGURKAN DOSA DAN DITINGGIKAN DARJAT
Sabda Rasulullah: “Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat”.(Riwayat Muslim)


6) SETIAP LANGKAH DIGANJARI SEPULUH PAHALA 
Rasulullah bersabda: “Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan”.(Riwayat Ibn Hibban)


7) CAHAYA TERANG PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda:” Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid bahawa ia akan mendapat cahaya yang sangat terang pada kiamat nanti” (Riwayat Abu Dawud)

*Petikan dari majalah al-ustaz

Masjid Nabawi merupakan masjid yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W


MASYARAKAT GOLONGAN MUDA SUSAH KE MASJID ?

Terdapat pelbagai sebab atau penghalangan golongan belia dan remaja ke masjid .Jadi kami akan cuba rungkaikan serta memberi penyelesaian yang terbaik agar kita dapat mengimarahkan masjid .

1. Kurang didikan agama dan kurang kesedaran dari kecil

Didikan awal yang tidak menitikberatkan hubungan dengan masjid juga menjadi penyebab kepada individu yang tidak berminat ke masjid. Pihak jawatankuasa masjid pula dilihat tidak terbuka dalam menerima kepelbagaian peringkat umur anak kariah terutamanya para remaja. Para remaja tidak didedahkan dengan kelebihan-kelebihan ke masjid, tidak diberi peluang berada dalam organisasi masjid, tidak diberi perhatian dalam penganjuran aktiviti aktiviti dan program di samping pengaruh dunia luar yang melalaikan seperti budaya hedonisme dan budaya kebebasan. Para remaja tidak menghiraukan dan tidak mengambil peduli dengan aktiviti kerohanian yang diadakan di masjid dan surau kerana remaja mudah terpengaruh  dengan budaya luar.


Penyelesaian 

-Ibu bapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi serta lebih baik jikalau sentiasa membawa anak anak kecil solat di masjid agar mereka terbiasa dan akan selalu ke masjid kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya .Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkanlah antara mereka dalam tempat tidur.”

Didik anak untuk solat dari kecil


-Ibu bapa mestilah menyuruh anak anak berkawan dengan kawan yang berakhlak mulia yang rajin ke masjid untuk menunaikan solat secara bejemaah .Oleh itu apabila anak anak berkawan dengan orang yang seperti itu yang cinta akan masjid mereka juga akan ingin mengikut juga bersama sama ke masjid untuk menunaikan solat .Justeru itu ,kawan yang baik yang berakhlak mula serta yang cinta akan masjid akan menjadikan kita lebih rasa ingin ke masjid untuk menunaikan solat 5 waktu atau solat solat yang lain .

Pilihlah kawan yang baik budi perkerti


-Ibu bapa mestilah  mendidik dan menghidupkan jiwa anak-anak untuk ke masjid. Dalam masa yang sama, ibubapa jualah yang perlu mengawal mereka dari mengganggu jemaah lain yang sedang solat. Andai sekiranya ibubapa merasakan anak mereka sukar dikawal sehingga mengganggu jemaah lain, maka lebih baik untuk ditinggalkan anak tersebut sehinggalah mereka memahami keperluan dan nilai etika ketika di masjid.Ini sekali gus mendidik mereka tentang adab dan perilaku yang mesti dipraktikkan.Apabila mereka sudah tiba masanya, maka bawalah anak-anak ini ke masjid bagi menyemai rasa cinta dan mengerti peranan utama masjid dalam Islam.
Selalulah solat berjemaah sesama ahli keluarga



2. Tidak pandai mengurus masa

Masyarakat moden hari ini semakin jauh daripada agama. Mereka tidak nampak kepentingan, faedah dan manfaat pergi ke masjid.Mereka fikir daripada pergi ke masjid, lebih baik buat kerja lebih masa di pejabat, dapat juga duit. Yang muda sibuk membina hidup dan pulang ke rumah dalam keadaan kepenatan. Sampai saja di rumah terus tidur tanpa solat. Yang tua pula sibuk di kedai kopi, main dam entah berapa kali haji dan membahaskan isu politik negara mengalahkan menteri

Penyelesaian

-Pelajar haruslah membuat jadual waktu supaya dapat membahagikan masa dengan baik untuk melakukan aktiviti seharian. Hal ini akan membuatkan pelajar tersebut dapat melaksanakan tugasan dengan lebih tersusun dan mempunyai masa yang sesuai pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. 
Bina jadual untuk kita mengurus masa dengan lebih baik


-Seterusnya, pelajar mestilah menetapkan had masa. Jika perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa yang tertentu. Pastikan pelajar dapat menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan. Selain itu, jangan melengah - lengahkan latihan atau tugasan dan siapkan tugasan tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Berlengah itu pencuri masa. Pelajar akan membazir masa dan menyebabkan tiada masa untuk datang ke masjid. 
Siapkan kerja di awal waktu untuk elakkan pertangguhan


3. Sesetengah masjid kurang tarikan 
Golongan belia dan remaja juga dilihat semakin menjauhi masjid dan surau kerana pihak jawatankuasanya yang belum bersedia melakukan anjakan paradigma .Ini termasuk kurangnya usaha menarik minat golongan belia ke masjid.Pihak Jawatankuasa Belia masjid dan surau harus lebih terbuka melalui kepelbagaian aktiviti dakwah kontemporari. Adakalanya jawatankuasa masjid masih terikat dengan gaya pengurusan lama dan kurang menerima idea baru yang dilontarkan generasi baru walaupun ianya tidak bersalahan dengan methodologi dakwah.

Penyelesaian

-Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti bersukan dan riadah Selain itu, pihak masjid juga boleh menyediakan infrastruktur yang menjadi keperluan umat islam dan juga anak-anak muda seperti kemudahan teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat pendidikan bagi menarik minat masyarakat untuk menghadiri dan mengimarahkan masjid.

Masjid sekurang -kurangnya adakan satu tempat wifi bagi kemudahan pengunjung masjid.


-Pemilihan AJK Masjid mesti dilakukan dengan teliti dan serius, bukan sekadar melengkapkan takwim tahunan atau memenuhi tuntutan Pejabat Agama. Sumber manusia dalam mana-mana organisasi perlu mengambil kira dua aspek penting iaitu Al-Qawiyy (kuat) dan Al-Amin (amanah). Kuat bermaksud mampu dari segi ilmu dan kemahiran seperti dakwah, komunikasi, teknologi maklumat, pengurusan organisasi dan lain-lain. Amanah pula diperlukan untuk memastikan tanggungjawab sebagai AJK Masjid dijalankan dengan ikhlas dan penuh komitmen. Dalam menilai kelayakan seseorang, tidaklah bermaksud mereka perlu sempurna tetapi sekurang-kurangnya ada asas kepada dua nilai di atas. Dengan itu, akan wujudlah sebuah pasukan pengurusan masjid yang mantap insya Allah.


Jawatankuasa masjid hendaklah juga terdiri daripada yang berpengetahuan dari segi agama dan sosial



4. Persekitaran masyarakat yang kurang prihatin

Zaman kini masyarakat sekitar seperti jiran tetangga sudah lagi tidak bergaul antara sesama jiran atas faktor kerja dan masa. Ini menyebabkan hubungan silatuharahim antara mereka semakin regang. Ini juga menyebabkan mereka kurang bertegur sapa untuk mengajak ke masjid walaupun mereka ahli kariah masjid. Sebagai contoh , pada waktu maghrib jiran pergi ke masjid walaupun terserempak dengan jiran yang bersebelahan namun tidak mengajaknya dan biasanya hanya memberi salam.

Penyelesaian

- Mengadakan gotong royong di kawasan masjid kerana biasanya golongan belia atau remaja lebih suka perkara sebegini , selain daripada mengeratkan silatuhrahim dengan ini juga akan menimbulkan perasaan mereka untuk mengunjungi masjid setiap waktu solat . Ini kerana mereka akan mempunyai perasaan malu kerana hanya pergi ke masjid ketika ada program sahaja.

Golongan muda hendaklah selalu melakukan kerja kerja amal bersam golongan tua untuk eratkan silatuhrahim.


Golongan yang lebih tua seharusnya menasihati anak - anak atau golongan muda supaya pergi ke masjid untuk solat berjemaah kerana pahala yang diperoleh itu berlipat ganda daripada solat bersendirian. Selain itu patutlah memberi nasihat kepada anak - anak muda yang sedang melepak untuk pergi ke masjid supaya tidak membuang masa dengan begitu sahaja.Sebagai contoh di kawasan kejiranan kita boleh menasihati atau mendakwah mereka untuk ke masjid kerana mereka biasanya melepak pada waktu waktu yang tak sepatutnya.

KIta hendaklah mendengar nasihat dari orang yang lebi tua dari kita kerana mereka lebih berpengalaman.


KESIMPULAN

Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat. Begitu juga dengan menjadikan masjid sebagai hub kemasyaratan untuk rujukan dan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus pra-perkahwinan dan kelas tambahan secara percuma.Pada pendapat kami, kita perlu menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat. Inilah syabab yang kita dambakan

3 comments: